
hai kita ketemu lagi, rasanya dah agak lama aku tak update aku punya blog ni..bukan apanya takder story menarik yang nak aku kongsikan edngan korang sumer. Chinese New Year baru saje lepas seminggu yang lalu. Selamat menyambut tahun baru buat sumer masyarakat Cina di negara kita. Itu la yang bertuahnya tinggal dekat negara yang multicultural ni kita dapat menyambut pelbagai jenis perayaan. Muhibbah la katakan.
Tapi kat sini aku tak nak la story pasal CNY, pasal aku tak der citer menarik pasalnya. Tentang CNY aku serah jer kat member aku Miss Kok Shiau Lee ("I waiting dear"). Pada minggu lepas masyarakat kat Malaysia ada menyambut satu lagi tarikh wajib pada bulan Februari. Hish takkan korang lupa. It's all about love day. Yup!!Valentine Day. Malam tu aku tak buat apa nya nya cuma lepak dengan beberapa orang member kat YM Conference. Bincang pasal masalah negara. Hahaha..ye je aku ni.
Time hari valentine ni la kita lihat banyak kedai-kedai jual bunga utk di jadikan hantaran buat teman istimewa masing-masing. Bunga yang biasanya di jual dengan harga RM 5 sekuntum pergh sebab hari tu saja harga melambung 3 kali ganda. Bayar cukai kat St Valentine kut.
Petang tu aku rasa nak lepak kat Mid Valley. Biasa la pakai komuter je. kalau aku tau pakai bas kan bagus. Tidak la aku berhimpit-himpit dalam komuter tu. Halloh macam-macam pewangi aku bau. Dengan mat Indon, mat Bangla. Aku bukan la anti dengan dorang ni. Dorang datang sini pun cari rezeki. Chup!! aku bukan nak citer pasal PADI ni (pedatang asing dengan izin). Okey..storynya..time dalam komuter tu aku nampak la sorang mamat ni (macam aku kena jer mamat ni.) Mamat ni dengan awek dia huk aloh..tergedik-gedik..lantak dorang la kubur masing-masing. Yang si mamat ni bawak satu teddy bear beso..hush dengan size yang sebesar Miss Kok Shiau Lee..apa??korang tak kenal sape Miss Kok Shiau Lee..okay la aku bagi contoh lain.. sebesar beruang panda dengan tinggi 4kaki.. dapat??besarkan??Hish aku ni lantak dia la..aku kisah buat apa. Mesti korang sumer cakap macam tu kan. Memang la aku peduli apa!! Tp cuba korang bayangkan dalam komuter yang sarat begitu. OOh romantiknya. Hehehehe
ini la awek aku :P
Apa yang korang tau dengan hari Valentine ni?? Hari memperingati Kekasih..mesti ada sebab kan How Valentine is started?? Aku ni takde la tau sangat pasal Valentine Day ni..dan aku pun tak penah la merasa Valentine ni..tp aku nak kongsi la sikit-sikit what is valentine...??
once upon a time..(pergh cam citer dongeng lama-lama pulak) Lebih kurang abad ke-3 macam tu la..time tu Rom di ketuai oleh seorang Maharaja yang boleh di klafikasikan sebagai tak betul le jugak, Claudius. Time tu la Valentine ni ada. Valentine ni orang putih sebenarnya. Mat Salleh yang duduk kat Kota Rom.
Yang Si Claudius ni bengong sket dia nak tubuhkan pasukan askar yang ramai orang...tp sume oranga tak berminat nak join pasukan dia..orang kampung lebih suka..tanam jagung,bukak kedai makan, jual ayam, jual kambing..dorang fikir dengan tu hidup dorang lebih terjamin dari join goverment. Dan yang pasti orang lelaki kat kota sayang nak tinggal anak bini dorang. Jadi si Claudius ni pun dapat satu idea gila. Sumer orang lelaki tak boleh kawen. hah tu dia. Pasal si Claudius ni aku tak sure pulak dia ni kawen ke tak!!
Hah masa ni la Valetine ni jadi hero kebanggaan rakyat..Dia masih teruskan kerja dia mengahwinkan orang..Hah kejer dia paderi la.. Satu malam tu dia dia kahwinkan satu kapel..Dia kena ambush dengan askar Claudius..Kapel tu sempat la lari. valentine ni kena tangkap..Time dia kat penjara ramai jugak la orang datang melawat..tp ada sorang anak pegawai penjara tu selalu menemani Valentine.
Pendekkan citer Valentine mati pada tarikh Februari 14,269 A.D.
Begitu la alkisahnya.....jadi tepuk dada tanya iman!!
No comments:
Post a Comment