Sunday, February 3, 2008

CUCI

Hai ketemu lagi...Hari ni cuti lagi..dah masuk ari ketiga cuti aku ni...boring takder apa nak buat!! Golek punya golek..Tiba-tiba aku terlintas nak bt review filem yang aku tengok last week, Filem Cuci. Filem Cuci ni adalah filem melayu keempat yang aku tengok kat wayang. Kalau citer melayu ni aku kena 2,3,4,5 kali dulu baru pegi tengok. Biasanya aku tengok kalau ada kawan2 yang beli VCDnya tak pun tunggu time raya. Hehe. Filem melayu pertama Hingga Hujung Nyawa (paling mnyesal aku tengok yg buat aku fobia ngn Filem melayu), pastu Baik punya Cilok (kawan belanja), Anak Halal (superb, tak rugi) terbaru Cuci.




Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.
Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.
Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.
“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.


Dalam filem ni aku suka sgt dgn watak Khai,seorang lurus bendul, jujur dan tak pandai menipu. Tiap kali dia bercakap buat aku sakit hati jer. Watak Afdlin tak ada beza dgn cerita terdahulu. Dengan bahasa bunga-bunga dia yang penuh wawasan. Awie best, dia pandai pelbagaikan watak dia dengan hobinya mengemas dan memasak. AC biasa jer..

Pendek kata, tak rugi kalau korang tengok filem Hans Isaac yang pertama ni.

No comments: