Monday, February 18, 2008

V-Day : Hari Memperingati Kekasih


hai kita ketemu lagi, rasanya dah agak lama aku tak update aku punya blog ni..bukan apanya takder story menarik yang nak aku kongsikan edngan korang sumer. Chinese New Year baru saje lepas seminggu yang lalu. Selamat menyambut tahun baru buat sumer masyarakat Cina di negara kita. Itu la yang bertuahnya tinggal dekat negara yang multicultural ni kita dapat menyambut pelbagai jenis perayaan. Muhibbah la katakan.

Tapi kat sini aku tak nak la story pasal CNY, pasal aku tak der citer menarik pasalnya. Tentang CNY aku serah jer kat member aku Miss Kok Shiau Lee ("I waiting dear"). Pada minggu lepas masyarakat kat Malaysia ada menyambut satu lagi tarikh wajib pada bulan Februari. Hish takkan korang lupa. It's all about love day. Yup!!Valentine Day. Malam tu aku tak buat apa nya nya cuma lepak dengan beberapa orang member kat YM Conference. Bincang pasal masalah negara. Hahaha..ye je aku ni.
Time hari valentine ni la kita lihat banyak kedai-kedai jual bunga utk di jadikan hantaran buat teman istimewa masing-masing. Bunga yang biasanya di jual dengan harga RM 5 sekuntum pergh sebab hari tu saja harga melambung 3 kali ganda. Bayar cukai kat St Valentine kut.
Petang tu aku rasa nak lepak kat Mid Valley. Biasa la pakai komuter je. kalau aku tau pakai bas kan bagus. Tidak la aku berhimpit-himpit dalam komuter tu. Halloh macam-macam pewangi aku bau. Dengan mat Indon, mat Bangla. Aku bukan la anti dengan dorang ni. Dorang datang sini pun cari rezeki. Chup!! aku bukan nak citer pasal PADI ni (pedatang asing dengan izin). Okey..storynya..time dalam komuter tu aku nampak la sorang mamat ni (macam aku kena jer mamat ni.) Mamat ni dengan awek dia huk aloh..tergedik-gedik..lantak dorang la kubur masing-masing. Yang si mamat ni bawak satu teddy bear beso..hush dengan size yang sebesar Miss Kok Shiau Lee..apa??korang tak kenal sape Miss Kok Shiau Lee..okay la aku bagi contoh lain.. sebesar beruang panda dengan tinggi 4kaki.. dapat??besarkan??Hish aku ni lantak dia la..aku kisah buat apa. Mesti korang sumer cakap macam tu kan. Memang la aku peduli apa!! Tp cuba korang bayangkan dalam komuter yang sarat begitu. OOh romantiknya. Hehehehe


ini la awek aku :P


Apa yang korang tau dengan hari Valentine ni?? Hari memperingati Kekasih..mesti ada sebab kan How Valentine is started?? Aku ni takde la tau sangat pasal Valentine Day ni..dan aku pun tak penah la merasa Valentine ni..tp aku nak kongsi la sikit-sikit what is valentine...??
once upon a time..(pergh cam citer dongeng lama-lama pulak) Lebih kurang abad ke-3 macam tu la..time tu Rom di ketuai oleh seorang Maharaja yang boleh di klafikasikan sebagai tak betul le jugak, Claudius. Time tu la Valentine ni ada. Valentine ni orang putih sebenarnya. Mat Salleh yang duduk kat Kota Rom.
Yang Si Claudius ni bengong sket dia nak tubuhkan pasukan askar yang ramai orang...tp sume oranga tak berminat nak join pasukan dia..orang kampung lebih suka..tanam jagung,bukak kedai makan, jual ayam, jual kambing..dorang fikir dengan tu hidup dorang lebih terjamin dari join goverment. Dan yang pasti orang lelaki kat kota sayang nak tinggal anak bini dorang. Jadi si Claudius ni pun dapat satu idea gila. Sumer orang lelaki tak boleh kawen. hah tu dia. Pasal si Claudius ni aku tak sure pulak dia ni kawen ke tak!!
Hah masa ni la Valetine ni jadi hero kebanggaan rakyat..Dia masih teruskan kerja dia mengahwinkan orang..Hah kejer dia paderi la.. Satu malam tu dia dia kahwinkan satu kapel..Dia kena ambush dengan askar Claudius..Kapel tu sempat la lari. valentine ni kena tangkap..Time dia kat penjara ramai jugak la orang datang melawat..tp ada sorang anak pegawai penjara tu selalu menemani Valentine.
Pendekkan citer Valentine mati pada tarikh Februari 14,269 A.D.
Begitu la alkisahnya.....jadi tepuk dada tanya iman!!

Sunday, February 3, 2008

CUCI

Hai ketemu lagi...Hari ni cuti lagi..dah masuk ari ketiga cuti aku ni...boring takder apa nak buat!! Golek punya golek..Tiba-tiba aku terlintas nak bt review filem yang aku tengok last week, Filem Cuci. Filem Cuci ni adalah filem melayu keempat yang aku tengok kat wayang. Kalau citer melayu ni aku kena 2,3,4,5 kali dulu baru pegi tengok. Biasanya aku tengok kalau ada kawan2 yang beli VCDnya tak pun tunggu time raya. Hehe. Filem melayu pertama Hingga Hujung Nyawa (paling mnyesal aku tengok yg buat aku fobia ngn Filem melayu), pastu Baik punya Cilok (kawan belanja), Anak Halal (superb, tak rugi) terbaru Cuci.




Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.
Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.
Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.
“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.


Dalam filem ni aku suka sgt dgn watak Khai,seorang lurus bendul, jujur dan tak pandai menipu. Tiap kali dia bercakap buat aku sakit hati jer. Watak Afdlin tak ada beza dgn cerita terdahulu. Dengan bahasa bunga-bunga dia yang penuh wawasan. Awie best, dia pandai pelbagaikan watak dia dengan hobinya mengemas dan memasak. AC biasa jer..

Pendek kata, tak rugi kalau korang tengok filem Hans Isaac yang pertama ni.

Orang Terbang Yang Belum Terbang Lagi

Boring betul aku asal malam je..susah nak tido. Kalau siang tu senang je aku lelap. Ngadap PC ni dah tak tau dah nak buat apa. Xder apa menda menarik berlaku 2 hari ni nk aku kongsi. Tiba-tiba terlintas plak nak review drama series yg tgh hot skarang ni..SMALLVILLE


Aku ni fanatik kat smallville. Sekarang ni dah masuk season 7. Citer dia makin lama makin best la..dgn watak Lana Lang yang makin jahat..tp masih sweet.Ada chick baru lagi, Kara..Pastu si Clark yg baru nak ambil lesen terbang. Belajar separuh jln je ngn Kara. Sebab Kara hilang.


Best Guest Star Smallville Season 7:

LAURA VANDERVOORT

Ni la dia chick baru kat smallville. Umur baru je 23..Dia ni start berlakon citer kanak2 riang cam goosebump, dan Are You Afraid of Dark. Pernah tgk Instant Star ? Dia pun ada berlakon citer tu. Ala ada tayang kat 8TV la ni. Watak Sadie Harrison. Awek ni ada pakwe dah..ni yang x best nya. Balak dia pun ada berlakon sama dlm Smallville tp guest star je..Corey Sevier.
COREY SEVIER

Ni la pakwe si Laura tu. Dia ni muncul kat beberapa episode jer. Episod 11 dia punya debut la. Dia ni cam Laura gak start ngn citer hantu kanak2. Time tu la dia start tackle si Laura 2 kut. Pernah berlakon kat citer Black Sash ngn GF Clark Kent yang mati kena bunuh,igt lagi..Lupa dah? ala Alicia Baker yg boleh teleport ke mana saja 2. nama betul dia Sarah Carter. Awek 2 cheeky kan.

EVA PIGFORD
Kat episod 3 season ni dorg ajak winner American Next Top Model Season 3 berlakon sekali. Tp time menang ANTM. Seingat aku la model ni berisi, tp time dalam citer ni kurus giler beb. Cekedingnya semacam je.

AARON ASHMORE

Setelah 2 season jadi pelakon tambahan. Dlm season 7 ni baru nama dia di kreditkan. Aaron Ashmore ni ada adik kembar. Shawn Ashmore, pun pernah berlakon dalam Smallville ni. Season dulu2 la..aku lupa da..Hah yang berlakon jadik Iceman dlm filem X-men tu..Bakat si Aaron ni x terserlah spt adik dia tu.Dalam season ni Kara tu admire kat dia ni. Merana la Chloe..

CHRISTINA MILIAN

Kat dalam season ni ada gak Christina Milian. Saper? Ala penyanyi yang tak berapa nak jadi tu.

JUSTIN HARTLEY aka GREEN ARROW
Green Arrow muncul balik dalam season ni. Bersama dengan Black Canary. Black Canary tu watak dalam citer Batman.

DEAN CAIN

Hehe..korg juga akan jumpa ngn Superman tahun 90'an dulu. Time aku masih sekolah menengah lg. Hero Lois & Clark:The New Adventure of Superman, Dean Cain. Tp kat dalam season ni dia jadi villain. Unbelievable? Believe It.

Banyak lagi la yang menarik kat season ni..yang buat korang x sabar nak tnggu episod seterusnya.

Friday, February 1, 2008

Aku dan Kawan ku Ini

salam...ssh plak aku nk tido mlm ni. biasa la aku spesis tido siang cm kelawar bila mlm jer merewang je la. Plannya nk tdo sekejap jer..dlm setgh jam jd la. Sekali aku henjut smpai pkl 8 lbh. Bangun je perut lapo. Kalo x lapar smpai esok la agaknya. Nak turun makan malas. So lepak bilik jer la. Mee Sedap lagi mlm ni. Mee sedap tu dah jd favorit aku dah. Ngadap pc ni check email, YM ngn mmber tup tap tup tap, sekali dah pukul 11.30..Mee sedap aku rendam tadi dah kembang semcm dah. nak makan dh x lalu..nak bt lg satu malas. Amende penyakit la malas aku ni. Nasib baik ada biskut oreo ni hah. bleh jgk alas perut.

Azamnya tahun ni nak kurangkan berat badan ni hah tp, x terlaksana pun lagi tgh2 mlm kalu x bleh tdo makan jugak. Berat makin bertambah tu ada la.
Ni hah nak citer ada sorg senior kat tempat kejer aku tu, hari-hari duk kutuk aku, gemuk la, tembam la..panas jugak ati ni tp sabar tetap sabar. Di suruhnya aku pergi gym, aku bkn taknak. Tp balik kejer jer tido!! Niat x nak tido pun kalau smpai jer bilik tumbang je atas katil. pastu x sedar dah..Aku ni bkn nak citer kisah aku. Adalah sorg kawan aku tu, dulu pun kena gak ngn senior aku ni. Hasut punya hasut, sekali termakan hasutan. Mamat ni bodynya double size aku, tp dia tinggi la. Pergila mamat ni ke gym hari2, training pnya training...Pastu diet pun dia bt jugak .Tiap kali ajak makan xnak..katanya diet kalau makan pun temankan aku jer..Aku suka sgt nasi ayam bijan kat kedai Ah Kau. Dia ni cuma makan ayam jer.. Ada la satu hari tu aku pi la makan sorg2..x ajak la mamat ni. Sekali dia buat muka ngan aku, nak kata merajuk..takut dia terasa. Tp lebih kurang la.
Setelah usaha insetifnya pergi gym dan mengamalkan diet. Satu hari tu dia bermadah la kat aku "D, berat aku dah turun 5kg". Tapi aku tgk biasa jer x perasan la bezanya. Alahai dia ckp berat turun aku iya kan saja la. Bagi moral support la sikit kononnya.
Setakat ni jer la dulu. Xper kawan2 jgn risau, nnti aku akan update kisah mamat ni. Adakah misinya berjaya? Atau sebaliknya....tunggu.....
Buat mamat itu, jgn bimbang nama anda di rahsiakan, sekiranya terasa percabulan brlaku..email aku serta merta.