Hai salam sejahtera, salam pertemuan, salam penuh keberkatan buat semua yang sudi-sudi menjengah ke blog aku yang tak seberapa ni. Pembukaan blog ini cuma sekadar suka-suka untuk mengisi masa terluang aku yang memang betul-betul terluang. Dari aku melawari web-web yang melalaikan dan merugikan baik aku meluangkan masa untuk mencoret kisah hidup aku, hidup kawan-kawan aku dan juga hidup umat manusia lain yang terlintas dalam otak pemikiran aku di kala aku sunyi sepi lagi boring!!
Sekiranya ada yang bakal terasa dengan penulisan aku secara sengaja atau tidak, aku mohon banyak-banyak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Al-maklum la aku ni cuma insan biasa yang khilaf dan tidak lepas dari kesilapan.
Moga-moga ada yang sudi menghantar sepatah dua komen untuk kebaikkan kita bersama di masa depan.
Sehingga ketemu lagi.
Salam.
Mr Radi
1 comment:
Bah Radhi, takder pun kau letak gambar aku. Aku bukan kawan kau ker?
Post a Comment