Sunday, September 28, 2008

Ada Apa Dengan 1 Syawal

Raya tinggal cuma 3 hari lagi..
Orang lain sibuk buat last minit preparation..
Aku dah prepare sejak dari awal puasa lagi..
Maklum la tahun pertama beraya sebagai manusia berguna yang dah bekerja..
Dulu sibuk belajar!!
Tahun ni aku spend lebih sket untuk family dan untuk aku juga..
Tapi,
Nampaknya...raya aku tak ada apa-apa tahun ni..
Hopefully miracle will come!!!!

Wednesday, September 24, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 H part IV

BUKAK POSER ~~chapter two~~

Semalam kali keduanya aku attend majlis bukak puasa. Kali ni lak, tempat aku kerja yang anjurkan. Lagi grand la..macam-macam jenis juadah ada tu. Dari kuih-muih macam rupa yang aku tak pernah jumpa sampai la ke daging kambing bakar. Memang best. Superb..Tema lebih kurang macam bazaar Ramadhan, Okay la tuu!!!

Actually tak banyak pic yang dapat aku snap...aku sibuk cari makanso here is the venue and the crime happenedini la booth kami, kami buat bubur kacang hitam dan bubur....kacang putih kut!!aku lupa pa namanyafrom the back view of stalldorang yang sibuk berbuka poserthen muka pendekar-pendekar ni lagi

and the majlis is end already...sumer orang mula cabut but we got some sovenir to our lovely frend

here there is..........

p/s : chapter 3 ada lagi kut....just wait next post

Tuesday, September 23, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 H part III

BUKAK POSER ~~chapter one~~

Dah lama jugak aku tak update blog aku ni…Tak der la lama berbanding dulu-dulu punya. Since last blog was posted aku semacam busy dengan memacam perkara yang berbangkit. Last,last,last week (mean 3minggu lepas) aku dapat chance dapat berbuka dengan family tercinta. Alhamdulillah….
This Ramadhan aku dah attend dua kali majlis bukak puasa. Last 2 week back, department tempat aku kejer ada menganjur satu majlis buka puasa, kecil-kecilan...Yang ramainya cuma staff kami-kami jer...Then, orang luar yang datang adala dua tiga kerat...okay la tu!!


yg dia punya pembuka selera...yg pakai baju hijau tu ustaz yang kami jemput bagi sedikit tazkirah merangkap imam untuk sembahyang terawih


yg baju putih tepi aku punya supervisor....


yang pihak pompuannya.....


erm...sepatutnya lepas majlis bukak poser ada sedikit persembahan silat oleh dua orang pendekar ni,sepatutnya 3, lg sorang tarik diri..sakit belakang!!hah..yg dua ni lak dah tak larat plak, kembung perut katonyo......


makanan tak abis untuk di jual time sahur kat chow kit...tiga sepuluh, tiga sepuluhaktiviti wajib lepas berbuka


licin.......

p/s : persoalan aku kat sini rakan-rakan staff...Berbaloikah???

Sunday, September 7, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 part II

Semalam aku lepak kat hostel ex-kolej aku dulu..Lepak ngan bebudak junior yang masih lagi menuntut ilmu di dada. Samping itu bleh jugak aku berbuka dengan dorang ni. Lepak kat hostel tu teringat kembali saat-saat aku kat hostel dulu, terutama tym bulan poser. Punya la susah nak cari makan untuk berbuka. Dulu aku terpaksa berebut dengan student lain, then beratur panjang-panjang utk membeli makanan tym bukak tu. Punya la susah nak makan dulu!! Tapi kebetulan tym aku pergi minggu lepas kolej cuti midsem jadi cafe tutup. Yang tinggal pun cuma 2,3 kerat jer student yang buat pratikal. Jadi aku x dapat la melihat situasi tu lagi.
Nasib baik ada sorang hamba Allah ni balik kampung then keretanya di tinggal kat kolej di bawah penjagaan member aku. Jadi kami ni apa lagi..ambik la kesempatan ni untuk berbuka kat luar.
"Nak berbuka kat mana ni?" soal aku.
"Ntah, apa kata kita pergi OU?" jawab member aku ni.
"Okay jugak!!" aku ikut jer..orang bawak jalan. Sape tak nak.
Sampai kat OU lebih kurang pukul 2 petang. Pusing punya pusing. Alahai boring sudah! Then aku ajak la dorang ni tgk wayang. Sebenarnya tengok wayang tak der pun dalam rancangan kami, sebab takder citer cambest buat masa ni yang menarik minat aku!! Setelah di tilik-tilik kami pun choose citer Ghost House. Ntah pasal apa, skang ni aku dalam mood nak tengok citer hantu. Sampai kat kaunter tiket.
"Cerita apa?" Soal brader yang jual tiket tu.
"Ntah la..Kami tak tau nak tengok citer apa ni....Ghost House best?" soalku slamber.
"Tak tau tak tengok..Citer pasal orang gila, tak best" aik tadi cakap tak tau blum tgk lagi, tiba-tiba tak best lak.Aku layan jer.
"Babylon A.D best?"soal aku lagi.
"Best"
Jadi aku menurut kata brader tiket tu. Kami layan citer Babylon A.D. Ternyata brader tu tak tipu kami. Citernya best walaupun endingnya sangat mengecewakan dan sakit hati. Tapi aksinya best.
Wayang abis pukul 5.30 ptg. Dah kami blur dah. Mana nak pergi lagi ni. Aku dah boring kat OU ni.
"Nak bukak mana ni?" Soal member aku.
"Ntah, aku dah boring kat OU ni. Apa kater kita kuar, pusing-pusing KL then dekat nak berbuka tu kita stop, berbuka kat situ la." aku bagi idea yang bernas tapi cam sial sikit la. Member aku ni angguk jer la. Then aku teringat restoran kapal kat kampung baru tu. Western food, sedap. Aku cadangkan kat dorang ni berbukak kat sana. Dorang ni ikut jer.
Tengah on d way nak pegi Kg Baru tu, member aku ajak berbuka kat Restoran Jejantas kat Sg Buloh. Best jugak dapat jugak aku merasa sate kajang kat sana. Dah lama aku tak makan tu...Terus ajer aku setuju.
"Tapi kita dah nak masuk KL ni. Camner nak pergi ni?" soal sorang lagi member aku.
"Ala. kita redah jer. Haha.."
Redah punya redah. Kami termiss jalan nak masuk PWTC. Aku dah tau arah dah ni. Member aku yang dua orang ni pun dah blurrr...Ya la sumer bukan orang KL. Drive punya drive. Dah sampai Angkasapuri dah. Ini dah menghala Shah Alam ni. Punya jauh ni. Jadi aku terpaksa menebalkan muka untuk SOS kawan aku. jam dah pukul 6.45. Tension punya pasal hilang rasa lapar. Tapi perjalanan harus di teruskan. Dah nak dekat waktu berbuka kami sumer decide untuk berbuka saja kat tengah perjalanan tu. Sudahnya berbalik kepada plan kami yang asal tadi. Mungkin ada hikmahnya kami tak berbuka kat Restoran Jejantas tu. Mana tau something bad happen there.........

Ini la hikmahnya tu kut. Sedap!!

aku kata : ini bukan kali pertama aku sesat kat KL. biasa la aku budak baru belajar hidup KL, drive kat KL pun jarang sekali..Aku sebenarnya tak suka drive. jammed..jammed..jammed (baiknya alasan)