Thursday, October 23, 2008

Ada Apa Dengan 'My Graduation Day'

18 Oktober 2008..satu lagi tarikh penting yang aku perlu aku ingat dalam hidup aku. Akhirnya aku berpeluang juga menyarung jubah yang amat bermakna dalam hidup aku. Selama setahun aku menunggu tarikh bermakna ini selepas aku di tauliah sebagai seorang Fisioterapi.
Malangnya pada tarikh tersebut aku tak dapat snap banyak foto buat simpanan aku, dek kerana banyak berborak dengan teman seperjuangan yang lama tak jumpa, dan juga bateri hand set aku habis. jadi aku berharap rakan-rakan yang ada snap gambar aku tu.. apa salahnya kirimkan la kat email aku
radi_mohd@yahoo.com aku harap sangat.


Aku dengan Mel
akukata : dapat gambar dari kekawan aku nnti aku update citer graduation aku

Sunday, October 5, 2008

Ada Apa Dengan Syawal 1429

Alhamdulillah...Syukur aku tak terhingga kehadrat Ilahi, kerana dengan keizinan limpah dan kurnianya (wah mcm menang anugerah lak)Memang pun!!dan ini adalah anugerah yang tidak terhingga nikmatnya dalam hidup aku. Bersama dengan keluarga tercipta time lebaran memang sangat aku nantikan. Pada mulanya, sinar syawal aku memang tak terlihat sudah tahun ni. Sedih gila kalau di takdirkan aku beraya di perantauan. Dan sebolehnya aku taknak menda ni terjadi dalam hidup aku.
And the journey had begin

And the journey had go on and on....

Last-last minit dapat jugak aku pulang ke kampung. Memang happy tak bleh kata la aku..Dugaan betul la. Walaupun 2 hari jer. Memang aku memanfaatkan sebaik-baiknya. Buat kekawan yang tak terkunjung ke rumah tu aku mitak maaf la bebanyak. Bukan niat tak nak pergi, tapi waktunya tak der. Tak per next year aku akan cuti sakan time raya.

Malas aku nak cakap banyak pasal raya ni sebab tak der banyak mender nak di storykan..

Raya ketiga dah mula kerja. Erm, staff tak ramai. Boss lak takder.. Sumthing good!! So beraya la aku kat tempat kerja dengan staff yang beberapa orang jer tu.

Then raya ke-4, cuti balik. Apa la kerajaan Malaysia ni. Satu hari jer kerja. Bagi la cuti.. Malas cakap banyak pasal mender ni kang blog aku kena banned plak. Hah, raya ke-4, aku ngan beberapa orang klik aku beraya ke Perak. Kenapa Perak?? Macam takder member jer kat KL ni. Entah kerja gila. Sonok gak la beraya kat Perak.

3 dara pingitan (mek yah, kak sahri, queen bee)

Bertolak dari pukul 9 pagi then pukul 2 pagi baru sampai KL balik. Kat sana kami beraya kat 4 buah umah. Bermula dengan umah supervisor kami, then berakhir dengan umah rakan sekerja. Malangnya kalau kami bawak baju lebih bleh jugak terjun kat mana-mana air terjun kat sana. Dah la sana banyak air terjun. Rugi jer..Tak per nextime!!

erm......u said

Okay la..Buat setakat ni sajer la untuk raya ni..Buat rerakan yang tak sempat jumpa tu. Selamat hari raya, Maaf zahir batin.




akukata : Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, September 28, 2008

Ada Apa Dengan 1 Syawal

Raya tinggal cuma 3 hari lagi..
Orang lain sibuk buat last minit preparation..
Aku dah prepare sejak dari awal puasa lagi..
Maklum la tahun pertama beraya sebagai manusia berguna yang dah bekerja..
Dulu sibuk belajar!!
Tahun ni aku spend lebih sket untuk family dan untuk aku juga..
Tapi,
Nampaknya...raya aku tak ada apa-apa tahun ni..
Hopefully miracle will come!!!!

Wednesday, September 24, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 H part IV

BUKAK POSER ~~chapter two~~

Semalam kali keduanya aku attend majlis bukak puasa. Kali ni lak, tempat aku kerja yang anjurkan. Lagi grand la..macam-macam jenis juadah ada tu. Dari kuih-muih macam rupa yang aku tak pernah jumpa sampai la ke daging kambing bakar. Memang best. Superb..Tema lebih kurang macam bazaar Ramadhan, Okay la tuu!!!

Actually tak banyak pic yang dapat aku snap...aku sibuk cari makanso here is the venue and the crime happenedini la booth kami, kami buat bubur kacang hitam dan bubur....kacang putih kut!!aku lupa pa namanyafrom the back view of stalldorang yang sibuk berbuka poserthen muka pendekar-pendekar ni lagi

and the majlis is end already...sumer orang mula cabut but we got some sovenir to our lovely frend

here there is..........

p/s : chapter 3 ada lagi kut....just wait next post

Tuesday, September 23, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 H part III

BUKAK POSER ~~chapter one~~

Dah lama jugak aku tak update blog aku ni…Tak der la lama berbanding dulu-dulu punya. Since last blog was posted aku semacam busy dengan memacam perkara yang berbangkit. Last,last,last week (mean 3minggu lepas) aku dapat chance dapat berbuka dengan family tercinta. Alhamdulillah….
This Ramadhan aku dah attend dua kali majlis bukak puasa. Last 2 week back, department tempat aku kejer ada menganjur satu majlis buka puasa, kecil-kecilan...Yang ramainya cuma staff kami-kami jer...Then, orang luar yang datang adala dua tiga kerat...okay la tu!!


yg dia punya pembuka selera...yg pakai baju hijau tu ustaz yang kami jemput bagi sedikit tazkirah merangkap imam untuk sembahyang terawih


yg baju putih tepi aku punya supervisor....


yang pihak pompuannya.....


erm...sepatutnya lepas majlis bukak poser ada sedikit persembahan silat oleh dua orang pendekar ni,sepatutnya 3, lg sorang tarik diri..sakit belakang!!hah..yg dua ni lak dah tak larat plak, kembung perut katonyo......


makanan tak abis untuk di jual time sahur kat chow kit...tiga sepuluh, tiga sepuluhaktiviti wajib lepas berbuka


licin.......

p/s : persoalan aku kat sini rakan-rakan staff...Berbaloikah???

Sunday, September 7, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 part II

Semalam aku lepak kat hostel ex-kolej aku dulu..Lepak ngan bebudak junior yang masih lagi menuntut ilmu di dada. Samping itu bleh jugak aku berbuka dengan dorang ni. Lepak kat hostel tu teringat kembali saat-saat aku kat hostel dulu, terutama tym bulan poser. Punya la susah nak cari makan untuk berbuka. Dulu aku terpaksa berebut dengan student lain, then beratur panjang-panjang utk membeli makanan tym bukak tu. Punya la susah nak makan dulu!! Tapi kebetulan tym aku pergi minggu lepas kolej cuti midsem jadi cafe tutup. Yang tinggal pun cuma 2,3 kerat jer student yang buat pratikal. Jadi aku x dapat la melihat situasi tu lagi.
Nasib baik ada sorang hamba Allah ni balik kampung then keretanya di tinggal kat kolej di bawah penjagaan member aku. Jadi kami ni apa lagi..ambik la kesempatan ni untuk berbuka kat luar.
"Nak berbuka kat mana ni?" soal aku.
"Ntah, apa kata kita pergi OU?" jawab member aku ni.
"Okay jugak!!" aku ikut jer..orang bawak jalan. Sape tak nak.
Sampai kat OU lebih kurang pukul 2 petang. Pusing punya pusing. Alahai boring sudah! Then aku ajak la dorang ni tgk wayang. Sebenarnya tengok wayang tak der pun dalam rancangan kami, sebab takder citer cambest buat masa ni yang menarik minat aku!! Setelah di tilik-tilik kami pun choose citer Ghost House. Ntah pasal apa, skang ni aku dalam mood nak tengok citer hantu. Sampai kat kaunter tiket.
"Cerita apa?" Soal brader yang jual tiket tu.
"Ntah la..Kami tak tau nak tengok citer apa ni....Ghost House best?" soalku slamber.
"Tak tau tak tengok..Citer pasal orang gila, tak best" aik tadi cakap tak tau blum tgk lagi, tiba-tiba tak best lak.Aku layan jer.
"Babylon A.D best?"soal aku lagi.
"Best"
Jadi aku menurut kata brader tiket tu. Kami layan citer Babylon A.D. Ternyata brader tu tak tipu kami. Citernya best walaupun endingnya sangat mengecewakan dan sakit hati. Tapi aksinya best.
Wayang abis pukul 5.30 ptg. Dah kami blur dah. Mana nak pergi lagi ni. Aku dah boring kat OU ni.
"Nak bukak mana ni?" Soal member aku.
"Ntah, aku dah boring kat OU ni. Apa kater kita kuar, pusing-pusing KL then dekat nak berbuka tu kita stop, berbuka kat situ la." aku bagi idea yang bernas tapi cam sial sikit la. Member aku ni angguk jer la. Then aku teringat restoran kapal kat kampung baru tu. Western food, sedap. Aku cadangkan kat dorang ni berbukak kat sana. Dorang ni ikut jer.
Tengah on d way nak pegi Kg Baru tu, member aku ajak berbuka kat Restoran Jejantas kat Sg Buloh. Best jugak dapat jugak aku merasa sate kajang kat sana. Dah lama aku tak makan tu...Terus ajer aku setuju.
"Tapi kita dah nak masuk KL ni. Camner nak pergi ni?" soal sorang lagi member aku.
"Ala. kita redah jer. Haha.."
Redah punya redah. Kami termiss jalan nak masuk PWTC. Aku dah tau arah dah ni. Member aku yang dua orang ni pun dah blurrr...Ya la sumer bukan orang KL. Drive punya drive. Dah sampai Angkasapuri dah. Ini dah menghala Shah Alam ni. Punya jauh ni. Jadi aku terpaksa menebalkan muka untuk SOS kawan aku. jam dah pukul 6.45. Tension punya pasal hilang rasa lapar. Tapi perjalanan harus di teruskan. Dah nak dekat waktu berbuka kami sumer decide untuk berbuka saja kat tengah perjalanan tu. Sudahnya berbalik kepada plan kami yang asal tadi. Mungkin ada hikmahnya kami tak berbuka kat Restoran Jejantas tu. Mana tau something bad happen there.........

Ini la hikmahnya tu kut. Sedap!!

aku kata : ini bukan kali pertama aku sesat kat KL. biasa la aku budak baru belajar hidup KL, drive kat KL pun jarang sekali..Aku sebenarnya tak suka drive. jammed..jammed..jammed (baiknya alasan)

Sunday, August 31, 2008

Ada Apa Dengan Ramadhan 1429 H


Mulai besok semua umat Islam akan menjalani ibadat puasa. Buat aku, inilah kali pertama aku menjalani rukun Islam yang ke-3 itu di kota metropolitan ini. Tapi, sampai saat ini aku tak terasa pun yang besok nak puasa!! Hah!! jangan kata sebarang hah?? Aku tau apa korang pikir.. Menjalani ibadah puasa kat KL, camner agaknya??Teringat aku kat sebuah kisah yang ustaz aku citer tym aku sekolah menengah dulu:


~~Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.~~

Oleh itu buat semua orang-orang di sekitar aku..Aku mohon ampun dan maaf kalau ada yang salah dan silap!!Dan semuanya..Selamat Berpuasa.Sehingga nanti..

~~Renung-renungkan, selamat beramal~~

aku kata : kalau dulu kat kampung ni, tiap-tiap malam konform mak aku halau pergi surau tym bulan poser ni.

Saturday, August 30, 2008

Ada Apa Dengan Bajet 2009

Jumaat lepas PM kita yang di sanjungi ramai baru aje membentang bajet untuk tahun 2009. Sebelum bila bajet di bentang kat TV aku buat derk jer..Ayah aku layan jer..Sanggup orang tua tu tunggu sampai bajet habis di bentangkan!! Macam tengok bola atau layan citer best ja. Itu dulu, kini baru aku paham apa dan kenapa. Ramai orang yang suka dan ada juga yang dukanya. Biasa la tu kita tak boleh puaskan hati sumer orang. Dah lumrah alam!!
Sejak bergelar penjawat awam [atau baser mudahnya..bila dh kejer ni] baru aku tau kenapa bajet tu penting bagi pembangunan sebuah negara!
Bonus sebulan gaji minima RM1000, wah!! bagi aku banyak jugak tu..Bleh la aku beli laptop baru. Haha yer jer..Dengar jer bonus banyak tu, banyak mende main kat pikiran aku ni.
"Ya Allah, kau kuatkanlah iman aku, dan hapuskan nafsu tamak haloba aku ni"
Duit bonus baik simpan!!Jangan nak boros..
Cukai rokok naik lagi..Mean,Rokok akan naik harga jugak la...Hah..wahai perokok kat luar sana. Ambikla kesempatan yang ada ni..Beli rokok banyak-banyak!!Huh..Salah!!
!!BERHENTILAH MEROKOK!!
Teringat aku kat seorang pak cik!!
"Pak cik, pak cik ada merokok?" soal aku.
"Dulu pernah sekarang tidak!!" jawabnya ringkas.
"Dah berapa lama berhenti?" Soal aku lagi.
"Sejak masuk ward 3 hari lepas!!"katanya. Masih lagi la tu..Hmm..aku layan jer..
"Nanti dah kuar ward nak sambung balik ker?" Soalan ni tak ada dalam senarai, tapi aku tanya jer..Tapi pak cik tu senyum jer.
"Masa pakcik merokok dulu..sehari berapa batang?"aku dah malas tanya, tapi kena tanya juga. Prosedurnya la.
"Huh, kalu buat beli emas dah boleh buat jambatan emas dari KLCC sampai HKL ni dah!!"terkejut aku. Pak cik ni dah melalut dah.
Pak cik ni tak menjawab soalan ni..Tapi aku tengok dia senyum jer..sambil menayang dua batang jer gigi nya yang tinggal!!
FYI, pak cik tadi menderita macam-macam penyakit. Dia mula merokok sejak zaman Jepun lagi [ini fakta bukan auta]. Sekarang umur dia dah 73 tahun. Tapi bukan pak cik tu saja. Ramai juga yang ada masalah susah nafas ni, merupakan bekas perokok!!Kenapa bekas?? Bila dah di diagnos mengidap penyakit yang berkaitan dengan peparu!! Baru dorang nak berhenti!! Tapi, ingat la sebelum terlewat!!
Dah lari topik aku ni..tapi takpa la!! Nak tau lagi pasal bajet 2009.. Search jer kat Google!! Saat aku tengah blogging jam baru sajer melepasi 12 tgh malam..Mean, hari ini hari Merdeka!! Apa aku buat kat umah ni pada malam merdeka??Hmm..memang niat hati nak kuar nak tengok bunga api..Tapi apakan daya esok aku bekerja!!kalau kuar ni entah pukul baper balik!!Kang tak p kejer aku esok..Apa bleh buat!!
Jadi buat sumer Rakyat Malaysia..~~~SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-??[2008-1957] hah YANG KE-51
~~~merdeka~merdeka~merdeka~~~
pertahankan perpaduan negara kita kerana ia bukan saja teras kejayaan. Tapi keamanan!!Jangan gaduh-gaduh lagi..sehingga jumpa lagi!!

p/s : teringat aku tym BTN aku tahun lepas!!aku punya moto
{PERPADUAN TERAS KEAMANAN}..then kena jerit kuat-kuat kat bawah tiang bendera. Sampai brader askar yang conduct kami tu puas hati....Sakit tekak aku!! Kenangan!!

Friday, August 29, 2008

Ada Apa Dengan Akademi Fantasia


Bermula sejak tahun 2003..time tu umah aku kat kampung baru saje pasang Astro!!entah mcm mana gila dengan rancangan ni..Mungkin time tu ini la program realiti pertama kat Malaysia yang first skali dan paling best di sertakan dengan drama realiti first melalui diarinya!!

Kat sini aku nak kongsi beberapa fakta yang mungkin korang belum tahu!!

Juara setiap mesti korang sumer tau kan..Tapi..apa istimewanya juara-juara ini??


~~ Juara yang paling tua: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), & Asmawi Ani (Musim 3) , kesemuanya 23 tahun

~~ Juara yang paling muda: Stracie Angie Anam (Musim 6), 18 tahun
~~ Juara yang paling tinggi: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), 5'8" (178 cm)
~~ Juara yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
~~ Juara yang paling berat: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), 172 lb (78 kg)
~~ Juara yang paling ringan: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 88 lb (40 kg)
~~ Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
~~ Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
~~ Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4) & Stracie Angie Anam (Musim 6)


Dan fakta kat bawah ni memang sumer sedia maklum, cuma nak meremindkan korang jer la..

~~ Jumlah pelajar: 80
~~ Pelajar yang paling tua: Hairina Abdul Halim (Musim 6), 44 tahun
~~ Pelajar yang paling muda: Ramai Pelajar
~~ Negeri yang sering diwakili: Kuala Lumpur, 21 pelajar
~~ Pelajar yang paling tinggi: Mohd Farha Jasmen (Musim 5), 6'0.4" (184 cm)
~~ Pelajar yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
~~ Pelajar yang paling berat: Sahri Mohd Sarip (Musim 1)
~~ Pelajar yang paling ringan: Nurullah Abdul Hamid (Musim 2), 82 lb (37 kg)
~~ Undian terendah yang diperoleh dalam kedudukan 2 tercorot: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
~~ Menduduki kedudukan dua tercorot secara berturut-turut: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
~~ Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
~~ Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
~~ Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Azizi Mohamed (Musim 1), Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Felix Agus (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4), Nur Farhan Azizan (Musim 4), Candra Clement (Musim 5), & Muhammad Nur Aswad Jafar (Musim 5)
~~ Pelajar yang disingkirkan secara berpasangan: Syaiful Reza Mohamed, Amylia Mohd Azlan, Mohamed Zulkefli Mohd Idir, Mohd Yazer Yusof, (Musim 3) & Muhammad Shauqi Naaim Salmi & Lutfyah Sheikh Omar, (Musim 6)
~~ Pelajar yang disingkirkan yang melibatkan tiga pelajar: Nurul Fatin Yahya, Mohd. Farha Jasmen & Nonny Nadirah Zainuddin, kesemuanya (Musim 5)
~~ Pelajar yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Nurlizawaty Ismail (Musim 1)
~~ Pelajar yang diserap masuk semula ke dalam pertandingan selepas disingkirkan: Norlinda Nanuwil (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Marsha Milan Londoh (Musim 3) & Lotter P.Edwin Edin (Musim 4)
~~ Pelajar yang menarik diri: Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Musim 5)
~~ Pelajar yang tidak mempersembahkan persembahan ketika konsert: Nurul Fatin Yahya & Muhammad Nur Aswad Jafar, kedua-keduanya (Musim 5)

aku kata : sebenar life drama kat dalam diari tu yang buat orang tertarik ngan realiti show ni. Selepas AF mula la macam-macam lagi realiti show yang wujud.

Ada Apa Dengan CUTI

________________
~~Hari ni aku cuti~~

Maunya dekat <2> bulan dah aku kerja tanpa cuit rehat [atau] cuti sakit

^Erm^nak bagi tau tu jer~~aku baru bangun tidur ni,Pas ni mandi, then nak kuar


{ENjOY}

p/s : wayang citer apa baru??

Thursday, August 28, 2008

I Lo[V]e D!S CHiCK

Dulu time sekolah menengah!!aku obses gila kat ~Britney Spears~ time tu among other girls she sooooo Hot to me. Tapi since dah besar panjang ni, then Britney cam bermasalah!!..perkataan obses gila tu dah x wujud lagi!! Tapi ada la bebaper orang lagi buat aku really love to see her all the time.. Emmm!!

The list of them are
1. SoPHia BuSh

Dia ni bukan la anak George W.Bush atau ada apa-apa kaitan dengan mamat tu!! aku suka tengok lagak Chicky dia dalam ::One Tree Hill:: then still standing woman dalam ::The Hitcher:: Dilahirkan dengan nama Sophia Anna Bush, pada July 8,1982..Penah kawin dua kali, 1st married dengan ~Chad Micheal Murray~ tapi bertahan 5 bulan jer..pastu dengan Jon Star (co-star dalam ::Stay Alive::) then divorce lagi..For the momment; she dating ~James Lafferty~ (juga co-star OTH) tapi dia nafikan!!Erm..Hollywood!!

2. RiHaNNa

Good girl Gone bad; Ye ker?? tak ble nak di nafikan..Robyn Rihanna Fenty di lahirkan pada February 20, 1988..Dah hasilkan 3 album, 3rd album is the best!! ~Umbrella~ penah di reject oleh :Britney Spears: tapi menjadi dengannya..Erm..lagi...search kat Google ler..

3. MeGan FoX

Megan Denise Fox, di nobatkan sebagai most sexiest women 2008 oleh FHM's mag..mula di kenali selepas filem Transformer..sebelum tu penah berlakon ::Confession of Teenage Drama Queen:: Selepas ni Megan akan muncul dengan babak comolot dengan ~Amanda Seyfried~ dalam ::Jennifer's Body:: then 2009's ::Tranformer:Revenge of the Fallen:: Can't wait...

4. JeSSicA ALba

The Hottest, The Chikiest, The Sexiest dan hot mama!! of course Jessica Marie Alba. Even dia di kalahkan oleh ::Megan Fox:: My vote masih untuk minah ni!! (actually aku x vote pun)..mungkin sebab kurang satu undi aku dia kalah tu...Haha!!Penah berlakon sebagai gadis Iban (suku kaum kat Serawak) dalam ::The Sleeping Dictionary:: juga Drew's clique dalam Never Been Kissed:: tapi sejak Honey dia mula di kenali ramai..Go Girl..Love Ur Lips!!

p/s : next post will be our local!!

Ampang Medikal vs Grey's Anatomy

Versus
[AmPanG meDikaL :AM:] sebuah lagi drama bersiri Melayu yang bertemakan kehidupan kat hospital. Sebelum ni dah ada satu drama ~ [CiNtA mEdik]~ time balik kejer malam tadi..sementara nak tunggu citer ~~[KekAsihKu sERu]~~ layan la sekejap!!dah dekat nak abiz dah..hujung-hujung cerita dah!!Time layan tu yang terlintas kat otak aku ni cuma satu ::GREY'S ANATOMY::[GA] nak kata aku addict dengan citer tu..tak la jugak aku cuma beli 2 season jer!!Okay la jugak..
Motifnya kat sini!!apa bezanya :AM: dengan [GA]..erm jalan citer lebih kurang jer..kisah drama tentang hidup golongan doktor dan bakal doktor!! bukan nak kondem citer :AM: siapa lagi yang sokong citer melayu kalau bukan kita orang melayu!! Jadi siapa rasa dirinya orang Melayu..cubalah sokong!!
Mungkin sebab omputih lebih terdahulu yang hasilkan genre, then kita orang melayu cuba hasilkan sesuatu yang sama, jadi sebab tu la orang kita ni suka membandingkan!! Cuba la suatu hari nanti ~Chad Micheal Murray~ berlakon watak orang derhaka kat ibu dia, then kena sumpah jadi batu!! Camner agaknya???
Erm aku ni nak review citer :AM: ker...errr...tak payah la..korang tengok la sendiri then judge la sendiri!! I think it's better like that...
Tapi yang monolog tu yang aku tak tahan..perlu ker?? Very like Grey!!
Rusdiana Rusdi watak utama sebagai Dr. Grey bukan Dr. Siti
p/s : lagu background tu kalau pakai lagu Melayu jugak kan bagus!! lagi pun lately, banyak lagu-lagu best..aku cadangkan Meet Uncle Hussein (hmm pakai nama omputih jugak), Hujan, okay